14.10.18

287 of 365 AHAD 05 SAFAR 1440H 14 Oktober 2018
Bismillahir Rahmanir Rahiim…
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻠﻰ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺍﺻﺤﺎﺑﻪ ﻭﺳﻠﻢ
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈
KEMATIAN ITU SUATU KEPASTIAN
Sedarkah kita, bahawasanya hakikat kematian itu sesungguhnya agak menggentarkan. Bayangkan di akhirat sana nanti, Allah S.W.T menyatakan;
`Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, sementara tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.` **Surah Yasin: 65**
Justeru itu, tidak dapat dibayangkan bagaimana seseorang itu boleh hidup tanpa akhlak yang baik. Kerana tanpa akhlak yang baik, sudah pasti musibah akan menimpanya kelak di akhirat sana.
Begitu juga andai seseorang itu terlampu takut akan kematiannya.
Kata Ustaz Muhammad Fahmi Rusli;
Takutkan kematian, hakikatnya ia merupakan tanda kelemahan pada aqidah seseorang insan.
Ini kerana, takutkan mati bermakna takut kepada makhluk. Kematian disifatkan sebagai makhluk melalui firman-Nya;
`Dia lah yang menciptakan kematian dan juga kehidupan…..` **Surah Al-Mulk: 2**
Ya benar, hakikat kematian itu ada kalanya susah untuk diterima bagi kita yang masih hidup ketika menerima khabar kematian insan yang terdekat. Tetapi itulah ketetapan Allah S.W.T pada setiap makhluk-Nya. Setiap yang hidup pasti akan mati.
Ramai manusia takutkan mati kerana ingin terus berada dalam kehidupan dunia. Namun, mereka terlupa untuk mempersiapkan bekalan yang akan dibawa selepas kematian, yang merupakan ‘kehidupan’ sebenar buat mereka.
Ingatlah bahawa kita hidup di dunia ini, destinasi terakhirnya cuma dua. Sama ada ke syurga atau sebaliknya. Sekiranya kita tidak ditempatkan oleh Allah S.W.T ke dalam syurga, maka adakah pilihan ketiga buat kita selain neraka?
Jawapannya adalah tiada. Dalam meneruskan kehidupan di dunia ini, usahlah kita terlupa untuk mempersiapkan bekalan yang akan dibawa selepas kematian, yang merupakan ‘kehidupan’ sebenar buat kita. Janganlah sampai kita menyesal kemudian hari sehingga kita mengucapkan;
`Alangkah bagusnya sekiranya aku mempersiapkan (bekalan) untuk kehidupanku ini (selepas kematian, yakni di akhirat)`
Tidak teringinkah kita Allah S.W.T tamatkan di akhir kehidupan kita dengan penamat yang baik sebagaimana para Ulama silam?
Ketika al Imam Abu Hanifah merasakan kematian semakin menghampirinya, beliau pun sujud kepada Allah. Kemudian, keluarlah rohnya dari jasadnya dalam keadaan beliau sedang bersujud.
Tiada masalah yang akan menimpa andai kita menerusakan kehidupan di bawah skop syariat yang diperintahkan oleh Allah S.WT. Andai kita tergelincir melakukan kesalahan, maka istighfarlah dan mohonlah keampunan kepada Allah.
Teruskan kehidupan di dunia ini dengan mempersiapkan bekalan amalan untuk kehidupan sebenar di akhirat sana.
Sesiapa yang memahami hakikat kematian, dia akan memahami hakikat kehidupan lalu merancang kehidupan dan kematiannya dengan baik dengan disertai doa kepada-Nya.
Rancanglah kematian kita, kerana bentuk kematian kita bergantung kepada amal Soleh kita. Sesungguhnya kematian itu sebaik-baik peringatan buat kita bersama. Wallahualam.
Wahai JIWA2 yang TENANG…
SENYUM….
•══◎◎♡◎◎══•
ﺭَﺏِّ ﺍﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻲْ ﻭَﻟِﻮَﺍﻟِﺪَﻱَّ ﻭَﺍﺭْﺣَﻤْﻬُﻤَﺎ ﻛَﻤَﺎ ﺭَﺑَّﻴَﺎﻧِﻲْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
•══◎◎♡◎◎══•
#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
#MuhasabahDiri
#DuniaHariIni
ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻛﺒﺮ

Palu dipalu.

View this post on Instagram

Apabila Palu dipalu oleh Allah SWT -Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan- Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yg amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan kena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri. Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sbg upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia. Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sbg teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar. Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yg menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut. Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 ptg, diiukuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yg ketiga pada pukul 6 ptg, saat berkumandangnya azan maghrib. Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk Keadaan yg pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yg jauh dari kawasan pantai dimana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut. Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut. Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dr pantai lebih kurang 1/2 jam – 45 min jika menaiki kenderaan. Allah gerakkan air tsunami dgn kelajuan 800km/jam, yg sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yg berada di pantai. Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org shj yg bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai. Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir "La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz'zalimin…" Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya. Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yg tinggi. . CR: @ustazahmaddusuki

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on